93 peratus kes racunan berlaku di rumah - Utusan Malaysia

93 peratus kes racunan berlaku di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Apabila menyebut tentang keracunan, ramai yang memandang enteng dan menganggap ia mungkin jarang berlaku atau barangkali mungkin ia lebih terdedah dan kerap berlaku di kawasan perindustrian seperti kilang serta di ladang-ladang. 

Hakikatnya tahukah anda kes keracunan ini sebenarnya berpotensi besar berlaku di dalam laman rumah anda sendiri jika tidak berwaspada.

Pegawai Farmasi Unit Maklumat dan Racun, Pusat Racun Negara (PRN) Asdariah Misnan berkata mengikut  statistik PRN, sebanyak 93 peratus kes keracunan adalah berlaku di rumah sejak tahun 2006 hingga 2015.

“Dalam tempoh 10 tahun (2006-2015) 93 peratus kes keracunan ini memang berlaku di rumah. Ia termasuk kes keracunan yang tidak disengajakan. Daripada 93 peratus ini 66 peratus  merupakan keracunan tidak sengaja membabitkan produk bahan kimia isi rumah  (33 peratus) dan ubat-ubatan juga 33 peratus.

Selain itu kes keracunan tidak sengaja melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun  adalah 46  peratus manakala kes keracunan membabitkan produk bahan kimia  isi rumah melibatkan produk pencuci dan peluntur adalah sebanyak 54 peratus,” katanya kepada Bernama ketika di temui di PRN di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini.

Asdariah berkata, dalam kes keracunan yang terjadi kalangan kanak-kanak adalah melibatkan 50 peratus dan boleh dikatakan setiap hari PRN menerima panggilan atau kes keracunan melibatkan kanak-kanak. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×