KHARTOUM – Sembilan pemprotes ditembak mati pemerintah tentera Sudan ketika menyertai kempen keingkaran awam susulan insiden keganasan yang meragut puluhan nyawa rakan mereka, di wilayah Darfur, semalam.
AFP yang memetik Jawatankuasa Sentral Doktor-Doktor Sudan sebagai berkata, kesemua mereka yang maut disebabkan ‘peluru majlis tentera’.
Menurut jawatankuasa itu, mereka menerima 11 laporan kematian dan 20 kecederaan semalam, namun hanya sembilan daripada mereka disahkan mati akibat terkena tembakan manakala punca kematian dua lagi penduduk masih tidak jelas lagi. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











