SETIU – Lapan penumpang termasuk dua pelancong asing nyaris maut apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbakar dalam kejadian berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Chalok dekat sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pemandu dan kelindan bas Sani Ekspres itu turut selamat. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zulkifli Mat Deris ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin bas berkenaan. Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Besut menuju Kuala Lumpur. “Punca sebenar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya