KUALA LUMPUR – Sebanyak 749 anak golongan asnaf daripada 365 buah keluarga hadir ke pejabat BaitulMal Senawang untuk mengukur saiz baju sekolah percuma bagi sesi tahun depan.
Perbadanan BaituMal Negeri Sembilan memberitahu, sesi tersebut berjalan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Jun lalu.
“Program mengukur saiz pakaian sekolah ini diadakan untuk mendapatkan ukuran yang tepat sebelum tempahan dan jahitan dilakukan. Ia diadakan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan agihannya.
“Setiap anak asnaf lelaki akan menerima dua pasang pakaian sekolah dan sepasang baju Melayu manakala dua set baju kurung dan tudung bagi pelajar perempuan,” katanya.
Tambahnya lagi, golongan berkenaan juga akan menerima baucar Bata untuk pembelian dua pasang stoking dan kasut sekolah,” katanya. – UTUSAN ONLINE











