600 murid sekolah rendah Kuala Muda, Yan sertai program ke Kidzania - Utusan Malaysia

600 murid sekolah rendah Kuala Muda, Yan sertai program ke Kidzania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI – Seramai 600 orang murid sekolah rendah di daerah Kuala Muda dan Yan bertuah kerana terpilih menyertai Program Lawatan Sambil Belajar Pendidikan Kerjaya Murid ke Kidzania 2019 di Damansara, Kuala Lumpur selama dua hari, mulai hari ini.

Penyelaras program itu, Rozaidi Omar berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada 25 buah sekolah di daerah berkenaan menaiki 15 buah bas.

“Adalah diharapkan program anjuran Majlis Guru Kaunseling Daerah Kuala Muda dan Yan yang dipengerusikan oleh Subri Md. Zain dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Yan ini mampu memberi pelbagai kebaikan bila murid berada di Kuala Lumpur dan Putrajaya nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Balik dari program itu, murid tersebut diharap mempunyai ilmu tambahan dan dapat menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pula pada September nanti dengan baik,” katanya sempena program pelancaran itu berlangsung di Amanjaya Mall Sungai Petani di sini.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Yan, Ommi Kalsom Ibrahim ketika berucap di upacara pelepasan peserta program tersebut berkata, langkah diambil oleh pihak berkenaan, adalah baik sekali dan wajar diteruskan.

Menurutnya, usaha tersebut berupaya membuka minda setiap pelajar ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini