57 rumah terjejas dilanda ribut di Temerloh - Utusan Malaysia

57 rumah terjejas dilanda ribut di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Ribut yang membadai daerah ini semalam mengakibatkan sebanyak 57 buah rumah rosak khussnya di bahagian bumbung.

SEBUAH rumah di Kampung Haji Ali di Temerloh yang rosak akibat kejadian ribut semalam. – UTUSAN ONLINE

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu, lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Surau Kampung Haji Ali di sini manakala selebihnya menumpang di rumah saudara mara masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JKM dengan kerjasama pelbagai pihak telah menyerahkan kesemua kelengkapan asas seperti selimut, tikar, kit bencana, kain pelikat dan kain batik manakala makanan dan minuman juga telah disediakan di pusat pemindahan sementara, “ katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Kampung Haji Ali di sini terjejas teruk melibatkan 41 buah rumah diikuti Kampung Batu Satu dan Kampung Chengal masing sebanyak tiga buah rumah.

“Kampung yang turut dilanda ribut bermula pukul 5 petang ialah Kampung Bangau Parit, Kampung Paya Kechik, Kampung Paya Dalam dan Kampung Tebing Tinggi Sanggang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini