5,000 warga Bandar Tun Razak serbu Rumah Terbuka Aidilfitri - Utusan Malaysia

5,000 warga Bandar Tun Razak serbu Rumah Terbuka Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 5,000 warga Bandar Tun Razak memenuhi pekarangan Stadium Bola Sepak Cheras, di sini hari ini bagi menjayakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Bandar Tun Razak.

Program dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar.

Selain dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik, tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya antaranya lemang, rendang, ketupat, nasi minyak dan sate.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamarudin yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, kehadiran ribuan masyarakat pelbagai kaum itu membuktikan komitmen semua pihak untuk berhimpun dalam suasana yang aman dan harmoni bagi menyambut Aidilfitri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini