5,000 hadiri rumah terbuka DBKL - Utusan Malaysia

5,000 hadiri rumah terbuka DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


MERIAH…Walaupun sudah menghampiri penghujung Syawal,Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur( DBKL) hari ini tetap berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung.

Majlis yang diadakan di Dataran DBKL,Jalan Raja Laut itu mula dipenuhi orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat sejak pukul 12 tengahari dan tamat pada pukul 3 petang.


Pelbagai juadah menarik disediakan dalam majlis sambutan hari raya tersebut seperti ketupat, lemang, kambing bakar, laksa, dan bermacam-macam jenis lagi makanan yang ada.

Memuatkan artikel berkaitan…


Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan,Khalid Abdul Samad, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad dan Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini