SANDAKAN – Seorang lelaki ditahan bersama 46,040 kotak rokok dan 486 botol minuman keras yang disyaki tidak dibayar cukai kastam di sini petang semalam. Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan hari ini berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, suspek warga tempatan berusia 53 tahun diberkas oleh sepasukan anggota Esscom yang sedang melakukan operasi khas di sebuah rumah di Taman Tinosa…










