LONDON – Berpuluh-puluh ribu petir menyambar Britain kelmarin ketika hujan lebat dan ribut melanda beberapa bahagian di negara itu, lapor akhbar Daily Mail. Sejumlah kediaman terputus bekalan elektrik manakala sebilangan jalan raya di tenggara England digenangi air banjir. Perkampungan Lenham di Kent menyaksikan 42 milimeter hujan turun dalam masa hanya satu jam antara pukul 11 malam (waktu tempatan) hingga 12 tengah malam kelmarin. Terdapat 41,500 kejadian petir menyambar di perairan Kent ke arah timur laut Perancis termasuk awan ke awan dan awan ke permukaan manakala 358 petir menyambar daerah Kent.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya