JAKARTA – Sebanyak 40,000 anggota gabungan Tentera Nasional Indonesia (TNI)-Polis Republik Indonesia (Polri) dikerahkan bagi menjaga keselamatan ketika keputusan Mahkamah Konstitusi (MK) hari ini. Tribunnews.com melaporkan, Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto berkata, tiada kelulusan bagi sebarang demonstrasi di sekitar MK. “Kalau ada demonstrasi, bererti ia tidak mendapat kebenaran,” katanya. Sementara itu, Ketua Staf Kepresidenan, Moeldoko memberitahu, pasukan gabungan TNI-Polri akan mengawal demonstrasi yang dilihat akan turun…










