4 wanita warga Thailand terlibat aktiviti pelacuran ditahan - Utusan Malaysia

4 wanita warga Thailand terlibat aktiviti pelacuran ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH – Seramai empat wanita warga Thailand ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat pelacuran di sini semalam.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 1 petang itu, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai berkaitan dengan aktiviti pelacuran daripada empat wanita yang berumur antara 22 sehingga 30 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, antara barangan yang dirampas dalam operasi itu ialah lima buah telefon bimbit pelbagai jenama yang disyaki digunakan untuk urusan kegiatan pelacuran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu polis turut merampas tujuh gulung tisu, 42 keping kondom pelbagai jenama, tiga botol gel pelincir dan sebuah buku catatan serta sejumlah wang tunai.

“Kesemua barang rampasan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1959/63 dan siasatan kes tersebut masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini