4 cedera, 2 tiang TNB rosak dalam kemalangan 2 kenderaan - Utusan Malaysia

4 cedera, 2 tiang TNB rosak dalam kemalangan 2 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS – Dua patah kaki kanan, seorang cedera di kepala manakala seorang lagi cedera di bahagian tangan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Yong Peng-Labis, dekat sini pukul 8.32 pagi tadi.

Nahas yang berlaku di hadapan pejabat SWM itu antara sebuah kereta jenis Naza Citra dan sebuah lori berlaku semasa hujan renyai-renyai turut merosakkan dua tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di tepi jalan berkenaan.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis dan BBP Yong Peng diketuai Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Sharfini Nasar bersama-sama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerjakan ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Sharfini Nasar: “Dua mangsa yang patah kaki kanan dalam kereta ITU ialah Norafidah Saleh, 33, DAN Fazrul Lidzan, 14, manakala seorang wanita dikenali sebagai Norazilah, 33, cedera di kepala. Semua mangsa telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Yong Peng sebelum ketibaan pihak bomba.

“Dalam kereta ini dimaklumkan ada enam mangsa manakala dalam lori seorang sahaja. Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa lain dan memberikan rawatan bantu mula,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemandu lori berkenaan, K. Selvakumar, 42, pula cedera di bahagian tangan dan dimaklumkan lori berkenaan datang dari arah Chaah dan kereta tersebut dari arah Yong Peng.

Tambahnya, semua mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan menaiki EMRS dan operasi tamat sepenuhnya pukul 9.53 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini