3 kedai di Jalan Mahkota Kuantan terbakar - Utusan Malaysia

3 kedai di Jalan Mahkota Kuantan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Sebanyak tiga premis perniagaan di Jalan Mahkota di sini terbakar dalam kejadian pada pukul 1.43 pagi ini.

Kebakaran itu mengakibatkan sebuah kedai runcit rosak 60 peratus, sebuah kedai kain (30 peratus) dan sebuah kedai kosong (10) peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri dalam satu kenyataan memberitahu, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.50 pagi berjaya mengawal kebakaran itu sembilan minit kemudian sebelum dapat memadamkan api pada pukul 2.30 pagi.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya. Setelah didapati tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang, operasi ditamatkan pada pukul 4.50 pagi.

“Pegawai Penyiasat Kebakaran dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran telah berada di tempat kejadian bagi tujuan penyiasatan punca kebakaran,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini