3 gajah betina mati diracun - Utusan Malaysia

3 gajah betina mati diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Tiga ekor gajah betina yang ditemukan mati di Kampung Sri Timur 3, di sini hari ini dipercayai akibat diracun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pada pukul 9.30 pagi ini.

“Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan Kluang dan kira-kira pada pukul 11.30 pagi, wakil daripada jabatan itu tiba di tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kematian tiga ekor gajah tersebut tular dalam media sosial ekoran bangkainya yang ditemui bergelimpangan di kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban memberitahu, pihaknya sudah dimaklumkan perkara berkenaan.

“Kami sedang menunggu laporan forensik untuk mengetahui punca sebenar kematian ketiga-tiga gajah itu.

“Satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam waktu terdekat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini