24 Individu terbabit dadah ditahan - Utusan Malaysia

24 Individu terbabit dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 individu ditahan dalam Op Sarang dan Op Tapis yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah bermula 1 Jun sehingga kelmarin.

Menurut portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, antara lokasi tumpuan termasuklah Kampung Cenderawasih Likas, Kampung Air, Sembulan Lama, dan Kampung Tanjung Aru, Sabah.

Menurutnya, lima tangkapan dibuat membabitkan kesalahan memiliki dadah, dua tangkapan di bawah langkah pencegahan khas dan 17 orang lagi atas kesalahan menagih dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua tangkapan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 melibatkan Seksyen 3(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A).

“Suspek yang ditahan melibatkan 16 warga tempatan dan lapan lagi warga asing berumur dalam lingkungan 18 hingga 59 tahun,” katanya.

Selain itu Habibi memberitahu, dalam tempoh berkenaan, sebanyak 0.87 gram dadah jenis syabu berjaya dirampas dengan anggaran nilai berjumlah RM130.50 mengikut harga dadah semasa.

Tambahnya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Kinabalu turut menjalankan Ops Sarang Khas pada 1 Jun 2019 dan menahan sembilan individu di bawah Seksyen 15(1)(A) ADB 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini