20 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang akan dipanggil - Utusan Malaysia

20 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan dipanggil selepas Hari Raya Aidilfitri kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sekitar negeri tersebut.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada kakitangan Gred 19 hingga 22 itu diperlukan bagi membantu siasatan yang masih dijalankan.

“Lebih ramai pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ Pulau Pinang akan dipanggil selepas perayaan bagi mencari dalang di sebalik kegiatan rasuah lori kebal di negeri berkenaan,” kata sumber di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 28 Mei lalu, sebanyak lapan anggota JPJ Pulau Pinang dan seorang bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Pulau Pinang atas 164 pertuduhan rasuah membabitkan nilai suapan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM135,810.

Wang rasuah berkenaan dipercayai hasil daripada kegiatan penguat kuasa berkenaan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri tersebut.

Terdahulu, kira-kira 75 anggota penguat kuasa dan pegawai JPJ telah ditahan reman selepas disyaki menerima rasuah antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan daripada pemilik syarikat lori.

Mereka turut didakwa membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dijalankan JPJ, selain kumpulan lori berkenaan dilindungi menggunakan pelekat khas dikatakan hanya dikenali serta difahami penguat kuasa terbabit. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini