LUMUT – Seramai 20 anak yatim dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut. Program itu dianjurkan bagi menghargai golongan tersebut selain menyemarakkan sambutan bulan Ramadan. Pengurus Besar Swiss-Garden Beach Resort, Rayan Charles Komatt berkata, program itu diadakan sebagai satu tanggungjawab sosial koporat ( CSR ) pihaknya bagi menggembirakan penghuni rumah berkenaan yang berusia tujuh hingga 17 tahun. Menurut beliau,…










