2.3 juta pelajar 
salah guna dadah - Utusan Malaysia

2.3 juta pelajar 
salah guna dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 23 Jun – Kaji selidik yang dijalankan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) dan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) menunjukkan 2.3 juta pelajar atau mahasiswa di negara ini pernah mengambil dadah.

Lapor CNN Indonesia, angka berkenaan bersamaan dengan 3.2 peratus daripada jumlah populasi golongan terbabit di negara ini.

“Jumlah terbabit adalah amaran bahawa usaha untuk menangani masalah dadah bukan sahaja perlu dilakukan secara besar-besaran tetapi juga perlu lebih agresif terutamanya untuk golongan yang lahir pada era milenium,” kata BNN menerusi kenyataan dikeluarkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut BNN, gejala pe­nyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar adalah masalah yang serius.

BNN juga mengakui untuk mewujudkan persekitaran yang bebas dadah dalam kalangan pelajar bukanlah satu perkara mudah.

“Memastikan milenial yang bebas daripada penyalahgunaan dadah adalah sukar,” ujar kenyataan tersebut.

Tambah BNN, terdapat tiga pihak yang bertanggungjawab boleh membantu mencegah gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar atau mahasiswa, iaitu keluarga, tempat belajar dan masyarakat.

Selain itu, BNN juga berhasrat untuk mengadakan dialog nasional tentang hidup sihat tanpa dadah pada 26 Jun ini yang bersamaan dengan Hari Antidadah Antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini