1,700 Individu ditahan miliki, edar pronografi kanak-kanak di AS - Utusan Malaysia

1,700 Individu ditahan miliki, edar pronografi kanak-kanak di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 12 Jun – Kira-kira 1,700 individu ditahan di Amerika Syarikat (AS) kerana terlibat dalam pengedaran dan penghasilan pronografi kanak-kanak dalam talian di negara itu.

AFP yang memetik kenyataan Jabatan Kehakiman AS sebagai berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi ‘Broken Heart’ yang digerakkan selama dua bulan, bermula April lalu.

Jabatan itu memberitahu, individu yang ditahan adalah termasuk mereka yang memiliki dan memuat turun video pronografi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Operasi itu digerakkan selepas 308 kanak-kanak dikesan menjadi mangsa seks dan 357 kanak-kanak pula diseksa secara seksual untuk menghasilkan video pronografi. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini