151 aduan tipu dalam talian di Terengganu - Utusan Malaysia

151 aduan tipu dalam talian di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merekodkan sebanyak 151 aduan penipuan dalam talian dari awal tahun ini hingga 23 Jun lalu.

Pengarahnya, Shaharuddin Mohd. Kia berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding hanya 217 aduan yang diterima pada tahun sebelumnya dan 156 aduan pada 2017.

Katanya, kebanyakan penipuan membabitkan pembelian gajet termasuk telefon bimbit di samping pakaian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhannya kita menerima sejumlah 292 aduan pada tahun ini yang membabitkan 17 kategori bagaimanapun, kes penipuan dalam talian merupakan yang tertinggi saban tahun.

“Keadaan ini memberi gambaran yang pengguna sering kali menjadi mangsa kepada pelbagai penipuan melalui transaksi dalam talian terutama menerusi pengiklanan barang atau perkhidmatan yang mengelirukan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Aidilfitri KPDNHEP Terengganu di sini hari ini.

Shaharuddin turut menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang urusniaga atas talian dengan membuat perbandingan harga, menyemak testimoni pembeli terdahulu di samping maklumat perniagaan serta memilih laman tapak pasar dalam talian yang selamat terutama pembelian melalui individu tertentu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Katanya, jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu menarik dan cuba meminimumkan risiko untuk ditipu dengan melakukan pembayaran tunai sewaktu penerimaan (COD) mahu pun membeli barangan dan perkhidmatan dengan platform yang memiliki rekod serta komen yang baik daripada pengguna. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini