TOKYO 2 Jun – Seramai 14 penumpang sebuah tren automatik cedera selepas kenderaan itu bergerak dalam laluan salah dan melanggar alat penghadang. Media tempatan melaporkan, ada mangsa yang cedera parah namun dalam keadaan stabil. Tren tersebut melanggar alat penghadang di stesen Shin-Sugita selepas bergerak dalam laluan bertentangan sejauh 20 meter. – AFP










