12 individu ditahan terlibat pelbagai jenayah - Utusan Malaysia

12 individu ditahan terlibat pelbagai jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Polis berjaya menyelesaikan 10 kes jenayah dengan menahan 12 individu dalam operasi mencegah jenayah di sekitar Sandakan, Sabah sejak 16 Mei lalu.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, beberapa operasi telah dijalankan oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar daerah itu bagi membanteras jenayah pecah rumah, curi harta benda dan samun.

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai lebih RM9,200.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek terdiri daripada empat warga tempatan dan lapan warga asing berusia dalam lingkungan 16 hingga 52 tahun.

“Sebanyak unit barangan dan sebuah motosikal yang digunakan untuk kes jenayah dirampas. Jumlah keseluruhan kerugian berjumklah RM10,000 manakala harta rampasan dianggarkan bernilai RM9,200,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Balai Bandar Sandakan di sini semalam.

Mohd. Azhar berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek mendapati 10 daripada 12 individu tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

“Kejayaan tangkapan ini merupakan hasil kerjasama masyarakat awam dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek yang terlibat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini