SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan menahan 11 orang dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian tanpa lesen, di sekitar Sandakan dalam Op Dadu petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, suspek terdiri daripada enam wanita dan lima lelaki berumur 18-54 tahun.
“Semua yang ditangkap dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan selanjutnya, di bawah Seksyen 4A (a) dan Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut Mohd Azhar, wang tunai berjumlah RM3,844 antara barangan yang dirampas daripada kesemua suspek. – BERNAMA











