SEGAMAT – Seorang bapa maut manakala anaknya berusia sembilan tahun cedera selepas kereta Honda Civic dinaiki dua beranak itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Leburaya Segamat-Kuantan di sini pukul 4.04 petang semalam. Kemalangan tersebut mengakibatkan Chong Kah Ling, 35, meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan anaknya, Gan Xue Roy pula terselamat kerana berada di tempat duduk belakang namun mengalami kecederaan. Pelanggaran secara berdepan itu mengakibatkan bahagian…










