KOTA TINGGI – Kegembiraan sebuah keluarga mandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Penawar dekat sini berakhir duka apabila seorang daripadanya lemas manakala dua lagi berjaya terselamat kira-kira pada pukul 1 petang tadi. Mangsa, R. Ramesh, 44, meninggal dunia akibat lemas manakala seorang mangsa lelaki, P. Arun, 29, dan mangsa wanita, T. Bavani, 38, berjaya diselamatkan. Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Abd. Rani bersama-sama empat anggota dan satu jentera dari Balai…










