PASIR GUDANG – Satu daripada 30 kilang berisiko tinggi yang diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) ekoran insiden pencemaran udara di sini sudah diarah melupuskan sisa toksiknya serta merta.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada sisa toksik tersebut mempunyai kaitan dengan insiden pencemaran yang berlaku ketika ini.
“Maklumat lanjut berhubung jenis sisa kimia dan jumlahnya (yang dilupuskan) akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Menara Aqabah, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











