Zizie Ezette didakwa subahat dengan Bung Moktar - Utusan Malaysia

Zizie Ezette didakwa subahat dengan Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin memperoleh rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, empat tahun lalu

Zizie Ezette, 41, yang mengenakan sepersalinan serba hitam itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut semua pertuduhan, pelakon Hero Seorang Cinderella itu didakwa telah bersubahat memperoleh rasuah dengan Bung Moktar, 60, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad melibatkan jumlah RM2.8 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua wang itu diberi dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama Zizie Izette.

Rasuah berkenaan adalah sebagai upah kepada Bung Moktar yang mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Semua perbuatan tersebut didakwa dilakukan Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, di sini pada 12 dan 19 Jun 2015.

Kesemua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini