KOTA BHARU 28 Mei – “You are beautiful!” Begitulah kata-kata yang terpacul keluar dari mulut seorang pesakit di Wad Puteri, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) saat isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan, Cik Puan Sofie Louise Johansson berada betul-betul di hadapan katilnya. Hari ini, pesakit dan kakitangan di Wad Puteri dan Wad Anggerik hospital itu cukup ceria menerima kunjungan pasangan diraja apabila Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra…










