Yamaha ikrar bangkit di Tangkak - Utusan Malaysia

Yamaha ikrar bangkit di Tangkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Juara keseluruhan CP150 2018, Ahmad Afif Amran yakin barisan pelumba Yamaha akan bangkit untuk menyekat penguasaan jentera Honda pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 3 dan 4 Mei ini.

Perlumbaan pusingan pembukaan menyaksikan ketiga-tiga podium menjadi milik jentera Honda melalui Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing), Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Md Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Yuzy Racing), sementara, Afif (Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing) menamatkan saingan di tempat keempat.

Azroy sekali lagi menguasai perlumbaan kelas perdana apabila menjuarai perlumbaan pusingan kedua di Batu Kawan, namun, Afif kali ini menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, manakala, Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) di kedudukan ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menunjukkan peningkatan sewaktu pusingan kedua, namun, masih sedikit ketinggalan berbanding jentera Honda terutama dari segi ‘top speed’.

“Kalau melihat kepada bentuk litar di Tangkak minggu ini, saya rasakan kekuatan antara jentera Yamaha dan Honda agak seimbang kerana laluannya berbukit dan agak teknikal. Saya perlu menggunakan kelebihan yang ada pada jentera Y15ZR ini untuk menguasai perlumbaan,” kata Afif yang muncul naib juara di belakang Kasma Daniel Kasmayudin di Tangkak, musim lepas.

Mengulas tentang prestasi sepanjang dua pusingan lepas, pelumba berusia 24 tahun itu berkata, saingan masih di awal musim, jadi masih banyak peningkatan yang boleh dilakukan.

“Saya tidak terlalu memikirkan tentang kemenangan sebaliknya mencari pendekatan untuk terus meningkatkan prestasi individu dan jentera dari satu pusingan ke pusingan perlumbaan yang lain,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×