KANO 26 Mei – Seorang wartawan penyiaran dan empat tentera Chad terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militan Boko Haram, di timur Chad, semalam. AFP yang memetik sumber keselamatan sebagai berkata, kejadian itu berlaku ketika kereta yang dinaiki mangsa-mangsa itu terlanggar periuk api yang diletakkan oleh kumpulan itu. -AFP










