LONDON 2 Mei – Pengendali Cardiff, Neil Warnock didenda 20,000 pound (RM107,980) oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas mengkritik keputusan pengadil perlawanan, Craig Pawson selepas tewas 1-2 kepada Chelsea, Mac lalu. Warnock berang selepas Chelsea menjaringkan gol pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi Cesar Azpilicueta dan Ruben Loftus-Cheek yang sekali gus memadam kelebihan 1-0 yang dimiliki mereka dan menyebabkan mereka kehilangan tiga mata penting. Jaringan Azpilicueta dibenarkan walaupun pada hakikatnya…










