Wanita maut, seorang lagi parah dalam nahas dua lori di Pendang - Utusan Malaysia

Wanita maut, seorang lagi parah dalam nahas dua lori di Pendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG 8 Mei – Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer 63.2, Lebuh Raya Utara Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 itu, kedua-dua mangsa adalah penumpang lori Nissan Vanette.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.44 pagi lalu bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, nahas itu melibatkan lori Nissan Vanette muatan dua tan yang disyaki telah melanggar belakang sebuah lori Hino tiga tan.

“Berikutan itu, terdapat dua mangsa tersepit di dalam Nissan Vanette. Seorang disahkan meninggal dunia manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini