Wanita maut bertembung kereta - Utusan Malaysia

Wanita maut bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mei – Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Seri Kandong, Matang, Sarawak sekitar pukul 6.30 petang kelmarin.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenali sebagai Rosetta Bugek, 37, dan berasal dari Kampung Sungai Agas, Matang.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Kampung Rayu, Lundu menuju ke pusat bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari Kuching menuju ke Kampung Rayu.

“Akibat pelanggaran tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Alexson, pemandu kereta yang berasal dari Kampung Rambungan, Lundu dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini