Wanita adakan majlis perkahwinan diri sendiri buat kali kedua - Utusan Malaysia

Wanita adakan majlis perkahwinan diri sendiri buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang wanita yang mengahwini diri sendiri empat tahun lalu memperbaharui ikrar perkahwinannya dan meraikan majlis itu dengan mengetuai satu aksi rasa kilas (flashmob), lapor akhbar Mirror Daily.

Sophie Tanner membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri pada Mei 2015 dan minggu lalu, wanita itu memperbaharui janji terhadap dirinya lalu berarak di beberapa batang jalan di Brighton serta melakukan flashmob.

Seorang rakan memakai jubah dan memainkan watak paderi untuk mengesahkan ikrar perkahwinan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tanner memakai gaun berwarna putih dan memegang jambangan bunga dafodil turut menyarungkan cincin berbentuk helang pada jari sendiri.

“Saya bangga kerana memperbaharui perkahwinan ini kerana tidak menyesal untuk hidup bersendirian,” katanya kepada majalah The Stylist. Perkahwinan diri sendiri atau sologami semakin popular di Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini