Vitalicia Supermodel Glow sinarkan kulit tanpa solekan - Utusan Malaysia

Vitalicia Supermodel Glow sinarkan kulit tanpa solekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Vitalicia Sdn. Bhd. yakin gimik promosi menggunakan perkataan supermodel dalam produk keluaran terbaharunya adalah bertepatan dalam usaha menarik minat pelanggan.

Pengasas syarikat, Aleeya Zailan berkata, konsep supermodel merupakan sasaran bagi keberkesanan produk keluarannya di samping meningkatkan keya­kinan pengguna.

Katanya, produk tersebut me­ningkatkan tahap kesihatan kulit wajah serta kualiti kesihatan diri selain membantu menurunkan berat badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Vitalicia Supermodel Glow telah dibangunkan sejak hampir tiga tahun. Maklum balas awal cukup positif dengan 95 peratus pengguna mengakui peningkatan yang ketara dalam seri kulit setelah mengamalkannya secara konsisten selama tiga minggu.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan kulit anda bersih dan bersinar tanpa sebarang solekan. Ia merupakan solusi tepat bagi mereka yang ingin memperbaiki kesihatan keseluruhannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk Vitalicia Supermodel Glow di sini baru-baru ini.

Aleeya menjelaskan, produk tersebut dijual pada harga RM89 sekotak dengan kandungan 14 uncang yang boleh bertahan selama dua minggu.

“Syarikat mengunjurkan jualan bakal mencecah 120,000 kotak menjelang akhir tahun ini,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya juga membuka peluang kepada usahawan untuk menjadi ejen bagi membantu meningkatkan jualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini