Villas-Boas enggan kembali ke EPL - Utusan Malaysia

Villas-Boas enggan kembali ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO 25 Mei – Bekas pengendali Chelsea dan Tottenham Hotspur, Andre Villas-Boas tidak bercadang untuk kembali mengendali pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana mahu bekerja di tempat lain dengan falsafah berbeza.

Villas-Boas tiba di England bersama Chelsea pada 2011, mencipta reputasi membanggakan selaku jurulatih bersama Academica dan Porto, sebelum menguruskan Spurs setelah menyinar di Stamford Bridge.

Pengendali dari Portugal itu meninggalkan Spurs pada Disember 2013 dan mengambil alih jawatan di Zenit dan Shanghai SIPG walaupun tiada pekerjaan sejak November 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kini, Villas-Boas kembali kehilangan kerja selepas kontraknya bersama Shanghai telah berakhir.

“Liga Perdana Inggeris? Tidak. Saya tidak melalui pengalaman di sana dan ia adalah liga yang lebih kepada pelaburan ketika ini bersama pemain dan pasukan hebat.

“Saya sangat sukakan liga yang memahami falsafah daripada sudut berbeza serta corak bola sepak berlainan. Segalanya di England kini lebih getir.

“Jadi, lihat nanti. Saya mahu teruskan kemaraan, mungkin beberapa pilihan di Perancis atau Sepanyol. Anda tidak akan tahu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini