[VIDEO] MRA beri nafas baharu kepada penduduk Yemen - Utusan Malaysia

[VIDEO] MRA beri nafas baharu kepada penduduk Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mei – Projek Telaga Berkuasa Solar yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan (NGO), Malaysian Relief Agency (MRA) berjaya menyerahkan enam pam air berkuasa solar secara berperingkat-peringkat kepada penduduk Yamen, bermula pada Februari tahun lalu.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, Wilayah Shabwah menerima tiga pam kuasa solar kerana di situ adalah kawasan yang memberi tumpuan kepada bidang penternakan.

“Wilayah Taiz banyak terdapat bangunan hospital dan sekolah. Jadi ia merupakan kawasan kepadatan tinggi penduduknya dan telah pun menerima tiga pam air berkuasa solar,” kata Mohd. Daud usai tampil sebagai tetamu dalam segmen Mornink Blues di Utusan Online, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mohd. Daud, dua lagi pam air berkuasa solar sedang dalam proses pembinaan dan Wilayah Aljawf bakal menerima pam-pam air berkenaan selepas bulan Ramadan.

Mohd. Daud berkata, setiap pam air berharga RM250,000 dan pendana datangnya daripada pelbagai sumber iaitu Yayasan Tirmizi yang menaja empat pam.

“Selain daripada Yayasan Tirmizi, Yayasan Yara dan Komuniti Nusantara Oman yang dianggotai oleh Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia, masing-masing menaja satu unit pam manakala Malaysian Muslim Brother, menaja dua pam.

“Jadi secara keseluruhan, menerusi projek yang dilancarkan oleh MRA ini, ia umpama satu permulaan yang memberi satu kehidupan kepada penduduk Yamen,” ujarnya.

Jelas beliau, walaupun Yemen ialah sebuah negara wadi dan oasis namun penduduknya yang dihimpit dengan kemelut dan konflik peperangan, hidup dalam keadaan kelaparan.

mra projek telaga solar

WAJAH-wajah ceria penduduk di sebuah kampung di Wilayah Shabwah, Yemen yang menerima pam air berkuasa solar pada majlis penyerahan yang dilakukan sendiri oleh Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Mohd. Daud Sulaiman kepada Ketua Kabilah, April tahun lepas. – UTUSAN ONLINE/GAMBAR IHSAN MRA

Oleh itu, kata Mohd. Daud, objektif Projek Telaga Berkuasa Solar yang menggunakan khidmat tenaga buruh dan mahir adalah dalam kalangan rakyat Yemen sendiri termasuk jurutera projek, membuka satu kehidupan baharu buat mereka.

MORNINK BLUES
 

“Kami bersyukur kerana majlis penyerahan pam air kuasa solar kepada rumah orang kampung, masjid, sekolah, hospital dan paling penting, kawasan yang mempunyai binatang ternakan seperti kambing dan biri-biri, dapat dilaksanakan.

“Sememangnya kami, MRA mengharapkan lebih banyak pam-pam air solar dibina untuk membantu rakyat Yemen,” katanya mengakhiri perbualan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini