[VIDEO] Konvoi Epik Fantastik papar tradisi kunjung mengunjung - Utusan Malaysia

[VIDEO] Konvoi Epik Fantastik papar tradisi kunjung mengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei – Tenaga Nasional Bhd. kembali lagi dengan iklan raya bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik’ yang mengisahkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya Nabila, si gadis bandar yang mengikuti konvoi raya ke semua sepuluh rumah adik beradik Tok Wannya.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman berkata, iklan kali ini memaparkan pelbagai babak-babak yang menyentuh perasaan dan mencuit hati, semestinya bagi memastikan tradisi kunjung mengunjung diterapkan sebagai budaya dalam jiwa masyarakat hari ini.

“Kita ingin berkongsi keseronokan dan kemeriahan sambutan hari raya dengan tradisi kunjung mengunjung supaya ia kekal sebagai satu budaya dalam memupuk semangat persaudaraan dan kekeluargaan yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Iklan raya TNB dijadualkan ke udara di rangkaian televisyen bermula 1 Jun dan iklan versi penuh Konvoi Epik Fantastik boleh ditonton di laman youtube rasmi TNB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×