[VIDEO] DBKL jawab larangan peniaga trak makanan di Jalan Raja - Utusan Malaysia

[VIDEO] DBKL jawab larangan peniaga trak makanan di Jalan Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Tindakan melarang peniaga-peniaga trak makanan menjalankan aktiviti jualan di Jalan Raja, di sini adalah sejajar dengan peraturan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosial Ekonomi (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff berkata, kebenaran tidak boleh diberikan kepada peniaga-peniaga berkenaan kerana Jalan Raja merupakan laluan awam.

Kata beliau, jalan tersebut digunakan setiap hari dengan aliran trafik masuk pada sebelah pagi manakala aliran trafik keluar pada waktu malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka minta untuk menggunakan laluan Jalan Raja bagi menjalankan aktiviti perniagaan, mana boleh sebab jalan itu laluan awam. Pagi kereta masuk, malam keluar.

“Sabtu dan Ahad tidak mengapalah untuk tutup jalan tersebut tetapi kena ada lesen perniagaan baharu boleh berniaga, itu memang peraturannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Ibrahim, DBKL telah menyediakan ruang untuk para peniaga trak makanan berniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini.

“Lorong TAR kita tak kacau pun, boleh sahaja 16 peniaga trak makanan berniaga, kecuali hari Sabtu sebab ada pasar malam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial lebih 20 trak makanan berkumpul cuba memasuki ruang perniagaan bazar Ramadan di Jalan Raja.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukan, beberapa penguat kuasa DBKL sedang mengawal keadaan trafik dan keselamatan awam.

Operasi Bazar Ramadan Lorong TAR/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini telah dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini