CARACAS 8 Mei – Ejen perisikan Venezuela menahan timbalan pemimpin pembangkang, Edgar Zambrano yang merupakan speaker Perhimpunan Nasional, di sini semalam.
Beliau ditahan kerana menyokong rancangan pemberontakan oleh pemimpin pembangkang, Juan Guaido pada 30 April lalu.
Guaido dalam kicauan Twitter berkata, mereka memberi amaran kepada rakyat Venezuela dan komuniti antarabangsa kerana rejim Presiden Nicolas Maduro telah menculik naib presiden pertama.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mereka cuba memusnahkan kuasa mewakili seluruh rakyat Venezuela tetapi ia tidak akan tercapai,” katanya.











