Valverde tarik diri daripada Giro d’Italia - Utusan Malaysia

Valverde tarik diri daripada Giro d’Italia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Mei – Juara dunia dari Sepanyol, Alejandro Valverde membuat keputusan menarik diri daripada menyertai perlumbaan berbasikal Giro d’Italia kerana kecederaan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pasukannya Movistar Team dalam satu kenyataan yang memberitahu bahawa Valverde masih belum pulih daripada kecederaan dalam tempoh masa ditetapkan.

Pelumba berusia, 39 tahun itu mengalami kecederaan tersebut akibat kemalangan pada April yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juara dunia akan berehat kerana kami tidak mahu merisikokan tempoh pemulihannya.

“Dia (Valverde) dijangka pulih dalam beberapa minggu lagi,” kata kenyataan daripada Movistar Team.

Perlumbaan berbasikal Giro d’Italia di jadual bermula pada 11 Mei ini sehingga 2 Jun 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini