Vajiralongkorn jalani istiadat pertabalan - Utusan Malaysia

Vajiralongkorn jalani istiadat pertabalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 4 Mei – Raja Maha Vajiralongkorn memulakan upacara pertabalan dengan dibawa bertemu ketua tertinggi sami Buddha, yang memberkati beliau dengan lima ajaran asas Buddha.

Kemudian, pada pukul 10.09 pagi waktu tempatan, Vajiralongkorn menukar pakaian tenteranya yang berwarna putih kepada jubah putih dengan garisan keemasan serta selipar untuk upacara penyucian diraja.

Vajiralongkorn membasuh dirinya dengan air suci yang dibawa dari seluruh pelusuk negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemudian, beberapa sami Hindu Brahmin menuangkan air ke atas seluruh badan Vajiralongkorn dengan menggunakan barangan diraja yang dibina ketika era pemerintahan raja terdahulu.

Selepas itu, beliau akan berangkat ke Dewan Takhta Baisal Daksin, di mana Vajiralongkorn bakal menerima air suci dari lapan arah yang menandakan ‘beliau telah menerima sokongan daripada semua arah di Thailand’.

Sami Brahmin kemudiannya akan menyerahkan harta diraja termasuklah tongkat kayu yang disalut emas.

Selepas itu, beliau akan menyarungkan sendiri mahkota di kepalanya sebelum mengeluarkan arahan diraja yang pertama. – AFP

                  

                  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini