CERAMAH. Bahagian Dakwah dan Helwa, Pusat Islam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Ceramah Transformasi Ramadan: Ihya’ Ramadan Mencari Damai Keberkatan yang berlangsung di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM baru-baru ini.
Pengarah Pusat Islam, Dr. Muhd Akmal Noor Rajikon berkata, program anjuran setiap tahun itu adalah rutin perkongsian ilmu sebagai persediaan kepada para peserta dalam menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan yang mana ianya membicarakan hukum serta isu-isu semasa berkaitan puasa.
“Menerusi program sebegini, diharapkan agar para pelajar, kakitangan UTeM dan masyarakat setempat dapat melaksanakan ibadah berpuasa dengan lebih baik terutamanya menerusi input-input penting yang telah dikongsikan,” katanya.
Tambah Muhd Akmal, diharapkan program sedemikian akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya ternyata telah memberi manfaat buat semua peserta.











