Usahawan PKS digesa rebut peluang dekati platform media sosial - Utusan Malaysia

Usahawan PKS digesa rebut peluang dekati platform media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 29 Mei – Kementerian Pembangunan Usahawan menyambut baik saranan kerajaan yang mahu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook bagi memperluaskan perniagaan dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dilihat berupaya mengangkat PKS untuk menembusi pasaran global melalui kemudahan Internet of Things (IoT).

Menurutnya, dalam era digital ekonomi pada masa kini, usahawan PKS perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kepakaran dan kebolehan tersebut yang merangkumi pelbagai kaedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Benda ini (media sosial) diguna pakai oleh belia jadi ia akan jadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi masa depan.

“Justeru, di bawah SME Corp, kita galakkan semua PKS yang berdaftar untuk mereka melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selain melengkapkan diri dengan kemahiran lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar dan Penyampaian Bantuan Asnaf di Masjid Ar-Robbani, Tangga Batu, di sini sebentar tadi.

Dr. Mahathir ketika merasmikan pejabat Facebook di Kuala Lumpur semalam berkata, PKS adalah sektor penting dalam meningkatkan ekonomi negara dan peluang teknologi yang disediakan berupaya memastikan perniagaan lebih berkesan.

“Melalui usaha itu, ia sekaligus akan meningkatkan produktiviti dan pengeluaran selain lonjakan gaji minimum,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini