NILAI – Ujian saringan air kencing keatas pemandu sebuah treler yang terbabas dan merempuh 12 kenderaan di di Jalan Batang Benar dekat sini petang semalam didapati negatif penyalahgunaan dadah. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis selepas keputusan ujian saringan air kencing tersebut diketahui. “Kami telah ambil keterangannya semalam dan melepaskannya dengan jaminan polis selepas ujian saringan air…










