Tudung bawal RM50,000 milik ahli perniagaan wanita 35 tahun - Utusan Malaysia

Tudung bawal RM50,000 milik ahli perniagaan wanita 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive hari ini menyerahkan tudung bernilai RM50,000 kepada pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive.

Tudung tersebut akan dihantar kepada seorang pelanggan butik tersebut, ahli perniagaan wanita berumur 35 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Ini sekali gus menjadikan tudung itu sebagai tudung termahal pernah dihasilkan di dunia, memadamkan rekod jualan sehelai tudung mereka sebelum ini bernilai RM33,000 pada tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, tudung tersebut dihasilkan sepenuhnya di Austria.

“Tudung ini diilhamkan daripada ‘padang pasir berbunga’ sesuai dengan personaliti pemiliknya dan ia mengambil masa selama tiga bulan bermula dari tempahan sehingga menyiapkan produk akhir.

“Lebih 10 warna batu kristal Swarovski yang kita gunakan. Harga RM50,000 itu adalah termasuk dengan kos pereka profesional, kos di Austria lengkap semuanya.

“Untuk pengetahuan, butik premium Bawal Exclusive di Sabah telah menerima tempahan tudung bawal bernilai RM65,000, projek besar kami selepas ini. Kita ada 10 butik premium di seluruh negara dan bercadang untuk menambah jumlah itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini