LONDON 23 Mei – Harry Kane, Jan Vertonghen dan Davinson Sanchez masing-masing kembali berusaha mendapatkan kecergasan menjelang aksi final Liga Juara-Juara pada 1 Jun ini.
Trio Tottenham itu kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan dan terdesak mahu memastikan mereka boleh diturunkan menentang Liverpool di Madrid.
Kane disingkirkan daripada pasukan selepas cedera buku lali ketika bertemu Manchester City dalam aksi suku akhir pertama kejohanan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, penyerang England itu kembali menyertai sesi latihan malah sempat berbual bersama bekas pemain Manchester United, David Beckham yang singgah melihat mereka berlatih. – AGENSI











