‘Tottenham degil, enggan menyerah kalah’ - Utusan Malaysia

‘Tottenham degil, enggan menyerah kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 5 Mei – Mauricio Pochettino menegaskan Tottenham Hotspur tidak akan mudah mengaku kalah meskipun tinggal sembilan pemain sewaktu tewas 0-1 kepada Bournemouth, menyaksikan situasi mereka untuk merebut kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris kian mencabar.

Penyerang Spurs, Son Heung-min dari Korea Selatan dibuang padang ketika berbaki dua minit sebelum waktu rehat, manakala pertahanan Argentina, Juan Foyth turut mengalami nasib sama tiga minit selepas memasuki babak kedua bersambung.

Skuad bimbingan Pochettino dilihat menyekat Bournemouth daripada meledak gol, namun gagal apabila Nathan Ake memusnahkan harapan mereka selepas mencipta jaringan pada masa kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika menang di Dean Court sudah pasti Spurs akan menarik nafas lega, namun tempat keempat, Chelsea berupaya memintas mereka seandainya menang ke atas Watford malam ini.

“Sudah tentu ia sukar untuk meraih aura positif. Bagaimanapun kami telah berusaha sedaya upaya.

“Kami perlu lupakannya seketika kerana kami mempunyai dua perlawanan akhir. Ia berada di dalam genggaman.

“Jika kami gagal, kami tetap berbangga kerana tiada sesiapa pun yang menjangkakan Tottenham akan berada di posisi seperti hari ini,” kata Pochettino.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini