KUALA LUMPUR 29 Mei – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) berjanji akan memulangkan semula lebihan pembayaran jika terbukti berlakunya lebihan caj. Syarikat itu dalam kenyataan memberitahu, fokus utama TNB adalah untuk memastikan setiap aduan disiasat dan tindakan yang sewajarnya diambil. “Ia akan dikreditkan semula dalam bil pelanggan. TNB juga akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam menangani isu ini. Kepada pelanggan yang terlibat, TNB memohon maaf atas kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan berkenaan. Tambah TNB, pihaknya memandang serius kekhuatiran serta kegusaran para pelanggan yang merasakan berlaku peningkatan ketara dalam tarif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya